MAJLIS BELIA MALAYSIA

Soft Launch India ASEAN Startup Summit 2023 – Malaysia India Series (IASS2023)

PETALING JAYA 17 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM), Dynamic Entrepreneurial Women Initiative (DEWI), Entrepreneur, Technology and Industry Development Institute (INPUT), Center of Excellence for Extended Reality Technology (COEXRT) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan peluncuran rasmi Program India ASEAN Startup Summit 2023 (IASS) – Malaysia India Series bertempat di Hotel Sunway Resort, Petaling Jaya di sini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YB Adam Ali Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

IASS 2023 yang bakal berlangsung pada 12-13 Disember ini di Sunway Pyramid bertujuan memberi ruang kepada usahawan belia membina jaringan, kesedaran berkaitan dengan jenama, sesi pitching selain peluang mendapatkan dana bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dalam ucapannya berkata sidang kemuncak ini sangat penting bagi membuka peluang kepada belia untuk berinovasi dan meluaskan jaringan khususnya dalam kerangka keusahawanan perintis (Startup Industry).

“Selaku rakan kerjasama rasmi, MBM sedia membantu sidang kemuncak ini dan berharap belia Malaysia dapat merebut peluang untuk menyertainya Disember nanti”, ujarnya.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, TYT B.N. Reddy; Penasihat Utama IASS 2023, Dato’ Seri Dr. SK Devamany; Pengerusi IASS 2023 merangkap Pengasas dan Pengarah Urusan DEWI Wealth Accelerator Sdn Bhd, Datin Malliga Subramanian, Presiden MBM; rakan strategik dan penaja.

YB Timbalan Menteri turut menyampaikan plak penghargaan dan bergambar Bersama rakan penaja.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »