GOMBAK 21 Mac – Dalam mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan Program Ihya Ramadan bertempat di Dewan Kompleks Pendidikan Islam Integratif, Seri Al-Huda, Batu 7, Gombak.
Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah serta menghayati keberkatan bulan Ramadan melalui aktiviti bermanfaat.
Naib Presiden Wanita Majlis Belia Malaysia (MBM), Puan Asya Rahman turut sama hadir menyampaikan sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) kepada asnaf, diiringi Puan Nur Atika Hairi, Pentadbir Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) serta kepimpinan utama Seri Al-Huda.
Hadir sama kepimpinan PPIM Selangor dan masyarakat setempat yang memeriahkan majlis dengan aktiviti rohani dan kebajikan.
Selain pemberian sumbangan, program turut diisi dengan sesi tazkirah ‘Ihya Ramadan’, Solat Maghrib, Isya dan Tarawikh berjemaah. Semoga program ini menjadi titik tolak dalam memperkukuhkan nilai keagamaan dan kasih sayang dalam komuniti.
Jazakumullah khairan kepada semua penyumbang dan peserta yang menjayakan program ini!





