KUALA LUMPUR 24 Nov – Sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita, satu program Commemoration of the International Day for the Elimination of Violence Againts Women (IDEVAW) telah berlangsung di Hotel Equatorial di sini.
Program dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Program anjuran The United Nations Sexual and Reproductive Health Agency (UNFPA) Malaysia ini disertai wakil dari pelbagai agensi, NGO wanita, aktivis dan ahli akademik yang berada di barisan hadapan dalam melindungi, mendidik dan memperjuangkan kempen menamatkan keganasan terhadap wanita khususnya di Malaysia.
Sdri. Asya Rahman, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga Timbalan Pengerusi Biro Wanita dan Keluarga MBM hadir ke program ini.
MBM sejak dulu lagi komited dan memainkan peranan aktif dalam usaha mengangkat peranan wanita di semua peringkat.



