MAJLIS BELIA MALAYSIA

Idea Bina Negara, platform belia suarakan pandangan dan pendapat

SHAH ALAM 4 Okt – “Dalam usaha memperkukuhkan semangat Keluarga Malaysia, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap belia dan anak muda dengan memastikan luahan suara mereka sentiasa didengari dan diberikan perhatian. Ini kerana anak-anak muda mempunyai idealisme, idea yang segar dan progresif”.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika merasmikan Program Idea Bina Negara : Anak Muda Keluarga Malaysia (IBN) di hadapan lebih 5,000 tetamu di Universiti Teknologi Mara (UITM) di sini.

IBN merupakan platform digital bagi membolehkan rakyat Malaysia terutama golongan belia mengemukakan idea dan pandangan serta aspirasi anak muda Malaysia ke arah pembangunan negara.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Noraini Ahmad; Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Hishamuddin Hussein; Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid; Menteri Wilayah Persekutuan YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YB Tan Sri Noh Omar; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Turut hadir Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Exco MBM Sdri. Asya Rahman, Sdr. Mohd Faiz Suhaimi dan pimpinan gabungan MBM.

Dalam majlis ini juga, Presiden MBM dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar menyerahkan kepada YAB Perdana Menteri, buku Idea Belia Negara yang memuatkan lebih 12,000 pandangan yang diterima daripada anak muda seluruh negara.

Program yang berlangsung sehari ini turut menyediakan pelbagai aktiviti dan segmen menarik untuk manfaat anak muda khususnya golongan pelajar.

MBM merupakan rakan strategik bersama beberapa kementerian, jabatan, agensi berkepentingan dalam menjayakan program ini.

Tahniah dan terima kasih Jabatan Komunikasi Komuniti, J-KOM

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »