KUALA LUMPUR 10 Disember – Sdr. Mohd Fared Mohd Khalid, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Biro Perundangan dan Hak Asasi telah hadir mewakili MBM ke Program Human Rights Day 2019 yang diadakan di Hotel Sheraton Imperial.
Hak Asasi di Malaysia perlu mengikut acuan Malaysia menyandarkan kepada Keluhuran Perlembagaan dan pastinya kesucian Islam dan adat resam.
Sempena program ini juga, Kementerian Pendidikan Malaysia dan SUHAKAM telah mengambil langkah proaktif dengan menerbitkan Modul Hak Asasi Malaysia untuk para pelajar.