MAJLIS BELIA MALAYSIA

Himpunan Solidariti Untuk Palestin

Kuala Lumpur 13 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Himpunan Solidariti Untuk Palestin berhadapan Masjid Jamek Kampung Baru.

Hadir menyampaikan ucapan, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Fazreen Ismadi ; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Sdr. Zairudin Hashim; Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Sdr. Wan Amsyar ; Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan beberapa wakil badan bukan kerajaan.

Perhimpunan ini diadakan bertujuan bagi menyatakan solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat dan negara Palestin yang diancam dengan serangan pihak Israel.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »