Serdang 25 Sept – Himpunan Belia Mat Motor telah mengegarkan MAEPS Serdang dengan tercatatnya Malaysian Book of Record dengan penyertaan sebanyak 592 buah motor yang diservis secara serentak oleh 200 orang mekanik yang terdiri daripada belia-belia dari Institut Latihan Kemahiran. Program adalah sempena ASEAN Skills Competition dan Karnival Kemahiran Kebangsaan 2016.
Peserta himpunan tersebut berkumpul di Dataran Pasar Tani MAEPS sebelum memulakan konvoi ke tempat program. Program bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang..