MAJLIS BELIA MALAYSIA

Himpunan Anak Sentral 1.0 2017

3 Januari 2017 Bukit Jalil – Himpunan Anak Sentral (HAS) telah melabuhkan tirainya dengan berjaya menghimpunkan para peminat motorsikal pelbagai kuasa enjin baru dan lama yang berlangsung pada 1 Januari 2017 bertempat di Taman Rekreasi Bukit Jalil pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.urut
Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Belia Malaysia (MBM), Kelab Belia Anak Puchong Bersatu (KBAB) dan Kelab Permotoran Retro Malaysia (RMB).
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang himpunan ini ialah pertandingan motor paling lambat, autoshow motor klasik, servis tukar minyak enjin percuma, cabutan bertuah, talk show dari brotherhood, talk show ikon motor, persembahan busking dan pelbagai lagi. Turut juga memeriahkan dengan gerai-gerai jualan makanan minuman, barangan motorsikal dan pameran-pameran oleh MBM, Iyres dan lain-lain lagi.
Kehadiran Ybhg Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) suatu inspirasi buat mereka yang bergelar “mat motor” dan “mat rempit”. Ucapan santai dan bersahaja diterima dengan suatu harapan baru agar ada ruang-ruang dan peluang-peluang tertentu yang boleh mat motor dan mat rempit menyumbang kepakaran mereka kepada masyarakat dan negara.
Pelancaran 2ndChance : Ride to School ini adalah suatu pendekatan bersungguh-sungguh MBM dan semua kumpulan motorsikal untuk bersama kerajaan memerangi dadah habis-habisan dan gejala sosial di peringkat sekolah menengah. Beberapa nama-nama jalanan yang tidak terkenal tetapi lekat di hati kumpulan sasar belia berisiko telah bersedia untuk turun padang membantu perjuangan kecil ini.
Pimpinan MBM yang turut hadir Sdr. Mohd Syahbuddin Hashim Pengerusi Tetap MBM, Timbalan Presiden MBM Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Naib Presiden MBM Sdr.Aizad Roslan, Exco MBM Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan juga para sukarelawan yang hadir membantu melancarkan lagi program ini.
          

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »