MAJLIS BELIA MALAYSIA

Himpunan Aman “Selamatkan Baitul Maqdis”

Kuala Lumpur 8 Dis – Himpunan Aman “Selamatkan Baitul Maqdis” bersama berlangsung dengan jayanya ini dihadiri oleh MAPIM, PAS, UMNO, MBM dan pelbagai lagi NGO-NGO di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat.

Himpunan ini sebagai memberi sokongan terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan protes kita terhadap cadangan Baitul Maqdis untuk dijadikan sebagai ibu negara Israel yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump yang menunjukkan sikap sebenar Amerika sebagai dalang di sebalik konflik berlarutan ini.

Baitulmaqdis adalah titik penyatuan umat Islam berpaksikan syariat Islam yang adil. Sehubungan itu, pengisytiharan Trump dikecam kerana mencabar kesabaran umat Islam serta mencemar kesucian bumi Al-Quds.

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »