KUANTAN 6 September – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdri. Nurliyana Muhammad, Exco MBM telah diraikan dalam satu program Hi-tea bersama Penerima Anugerah Belia Negara 2020 yang berlangsung di Hotel Grand Continental di sini.
Hadir meraikan majlis tersebut, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang Di Ibu Kota (PEKAP).
Program tersebut diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa belia Negeri Pahang yang telah mengharumkan nama negeri ini pada Hari Belia Negara 2020 baru-baru ini.