MAJLIS BELIA MALAYSIA

Hentikan provokasi, hormati keputusan rakyat

KUALA LUMPUR 6 Mei 2013 – Pemimpin pembangkang digesa menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan hati yang terbuka dan menghentikan sebarang bentuk provokasi yang boleh mengganggu-gugat kesejahteraan serta keamanan negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, sekiranya benar pembangkang menganjurkan demonstrasi atau sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara, ini bererti mereka tidak menghormati keputusan rakyat.

“Tugas pemimpin sepatutnya memperjuangkan hak rakyat, jadi apabila rakyat sudah melaksanakan hak mengundi, mengapa perlu dibakar semangat rakyat untuk memprotes keputusan yang diperoleh,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia kini sudah memasuki tempoh pasca pilihan raya dan sebarang bentuk kekacauan yang dilakukan tidak akan membawa sebarang manfaat.

“Sekarang adalah masa untuk rakyat melihat pemimpin pilihan mereka melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan, jadi ada baiknya pemenang di kawasan masing-masing fokus dan komited berkhidmat kepada rakyat daripada melakukan demonstrasi yang tidak memberi sebarang kebaikan.

“Mereka juga sepatutnya bersama-sama dengan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan mempertahankan negara daripada ancaman luar,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, semua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dengan matang dan tenang.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130507/px_44/Hentikan-provokasi,-hormati-keputusan-rakyat#ixzz2SZ4uG2CR

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »