Kuala Lumpur 13 Jul – Program Henti BULI Tunjuk Respek anjuran bersama MBM dan SBPI Gombak bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai gejala BULI yang sedang berleluasa dan semakin heboh diperkatakan. Gejala buli semakin dipandang serius dengan berlakunya beberapa kes yang melibatkan kematian.
Program yang diadakan di Dewan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak Sg. Pusu Kuala Lumpur melibatkan hampir kesemua pelajar sekolah tersebut yang jumlah pelajarnya 500 orang pelajar. Turut hadir Puan Maimunah Ismail Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid dan barisan guru-guru yang lain-lain.