MAJLIS BELIA MALAYSIA

Hari Kebangsaan kali ke-67: pertahankan keamanan, keharmonian dan kestabilan

PUTRAJAYA 31 Ogos – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Syed Osman Mohamed telah hadir mewakili Presiden MBM ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-67 di Dataran Putrajaya yang disempurnakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Turut hadir YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; Menteri-menteri Kabinet; Duta-Duta Asing dan ribuan rakyat.

Acara sambutan pada tahun ini disambut meriah melibatkan perarakan dan perbarisan dari pelbagai jabatan, agensi dan institusi awam serta swasta.

Terima kasih kerajaan yang saban tahun memberi penghormatan buat MBM untuk bersama-sama pimpinan negara meraikan hari yang cukup bermakna buat semua rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

Sesunguhnya menjadi tanggungjawab setiap rakyat memastikan keamanan, harmonian dan kestabilan ini kita pertahankan, demi Malaysia yang maju dan makmur untuk semua.

Selamat Hari Kebangsaan ke-67!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »