MAJLIS BELIA MALAYSIA

Hari Belia Negara 2017

Putrajaya 15 Mei – Kira-kira 10,000 orang hadir meraikan Hari Belia Negara yang berlangsung di Putrajaya dari 13 hingga 15 Mei 2017.

Hari Belia Negara 2017 ini bertemakan ‘Negaraku’ akan tertumpu dalam memperkasakan semangat cinta belia kepada negara di samping menerapkan aspirasi pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan konteks peranan belia dalam membina masa depan negara. Kembalinya ke Putrajaya dengan dipenuhi oleh belia-belia yang hadir dan memeriahkan lagi hari tersebut. Pelbagai acara meliputi segmen seperti Konvensyen Belia Kebangsaan 2017, Seni dan Budaya, Karnival Usahawan Artis Tanahair, Ekspresi Kerohanian, Pendidikan dan Kemahiran, Sosial dan Usahawan, Sukan serta pelbagai agensi kerajaan, swasta untuk manfaat generasi muda.
Ekspresi Kerohanian yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mengandungi program seperti :
-TN50 : Parenting Talk yang menampilkan ahli panel Dr. Madeline Berma, Cik Farah Lylia, Dr. Azwan Shamsudin Biro Kesihatan ABIM – Ceramah Kesihatan : Saya Sayang Diri Saya dan moderator Puan Asfalinda Anuar Naib Presiden MBM. Turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak.
-Program Imarah Ramadhan : TOT Naqib Ramadhan bersama Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah
-Solat Hajat Perdana
-Lantunan Selawat yang diketuai oleh Syeikh Taha Antar dan Kyrel Al-Gayauwi
-Forum Santai Habis : Negaraku Malaysia menampilkan panel Fadzli TV Alhijrah dan Man Raja Lawak
-Qiamullail dipimpin oleh Ust, Hamdan Muhammad
-Kuliah Subuh bersama Ust. Zul Ramli
-Fit Masjid : Fun Ride, Fun Walk
Ekspresi Pendidikan dan Kemahiran, Sosial dan Usahawan, Seni dan Budaya berlangsung di Dataran Putrajaya yang mengandungi program seperti :
-pameran pendidikan dan kemahiran, gerai-gerai jualan
-Majlis Pelancaran Kempen 1000 Tongkat Putih oleh Presiden MBM
-Demo ‘Day Make-Up oleh Kaiizen International College
-Demo Pemasangan Robot
-Demo Sistem Telekomunikasi oleh TEC
-Pertandingan Menghias Kek oleh Chef Yang Jamil
-Santai bersama selebriti jemputan : Ayahanda Rani Kulup & Amys Ukays
-Karnival Agroprenuer Muda
-Konsert Live bersama : Kak Nab Band & Baroja Band
-Pentandingan Youth SUMO Robot
-Pertandingan Youth TAMIYA
-Pertandingan Chess
-DEMO Pusat Inovasi Sosial Belia (PISB)
-Santai bersama selebriti ‘Raikan Hari Ibu’ : Sasqui Dahari & Sharul Ridzuan
-Malam Keamanan Rohingya Konsert Live bersama : Paklong (Selagi Ada Rindu) & Siti Salmiah & Yahya (OKU)
Road to Sea Games berlangsung dengan acara Rentap Futsal di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18  dan Pertandingan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Pancarona, Presint 18, Putrajaya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »