MAJLIS BELIA MALAYSIA

Halaqah Al-Quran Belia Perak dan Majlis Berbuka Puasa MBN Perak

TAIPING 7 April – Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili Presiden MBM ke program Halaqah Al-Quran Belia Perak dan Majlis Berbuka Puasa Majlis Belia Negeri Perak anjuran MBN Perak bertempat di Masjid Daerah Taiping.

Majlis Halaqah Al-Quran ini merupakan acara tahunan Majlis Belia Negeri Perak dan pada kali ini Majlis Belia Daerah Larut Matang diberikan mandat menjadi tuan rumah.

Selain daripada cara utama Khatam Al-Quran, majlis ini turut dihiasi dengan pertandingan mewarna dan tilawah Al-Quran yang memperlihatkan rata-ratanya peserta cilik terlibat sama.

Hadir sama Sdr. Puhaz Salleh, Presiden Majlis Belia Negeri Perak, kepimpinan MBN dan MBD Larut Matang.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »