KUALA LUMPUR 12 Mac – Program Wanita Hari Ini telah diakhiri dengan slot perkongsian oleh Puan Aimi Shazwani, Peguam di Afifah, Wan & Aimi Shazwani (AWAS Advocates) berkaitan Hak Wanita dalam Perundangan Syariah.
Sesi ini telah dimudahcara oleh Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. ‘Atiqah Syairah Shaharudin.
Siri perkongsian yang telah diadakan sepanjang minggu ini diharapkan dapat memberi input dan pendedahan kepada masyarakat khususnya wanita berkaitan isu keluarga, kesihatan dan perundangan.
Program Ini merupakan inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi mengisi sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.