MAJLIS BELIA MALAYSIA

HAIRUMAN-Lawatan Presiden MBM

YBhg Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir melawat mangsa renjatan kabel elektrik voltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon di Burn Care Unit, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kesempatan yang diberikan oleh pentadbir hospital digunakan sebaiknya oleh MBM dalam memberikan sokongan moral dan emosi kepada mangsa.

Beliau turut menyatakan bahawa MBM menerusi Sekretariat ADUAN BELIA-MBM akan terus bersama membantu keluarga mangsa dalam pelbagai aspek khususnya berkaitan masa depan mangsa.

Selain tindakan menghebahkan perkara ini sehingga mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik serta laman blog dan Facebook, MBM turut akan mengadakan perbincangan dengan pihak keluarga dari aspek tindakan perundangan, kebajikan, pendidikan dan pemulihan jangkapanjang. MBM akan mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menghapuskira bayaran balik pinjaman latihan kemahiran yang pernah dibuat oleh mangsa semasa belajar dis ebuah pusat latihan kemahiran di Selangor.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan sumbangan berbentuk kewangan, anda boleh menyalurkan ke akaun seperti butiran dibawah:

(1) MUHAMAD HAIRUMAN MISKON
CIMB: 12570005386520

(2) MARYUNI BINTI MISKON
Maybank: 162030632448
CIMB: 12570000203529

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »