MAJLIS BELIA MALAYSIA

HADTalk MBM (Hubungan Antarabangsa & Diplomasi)

KUALA LUMPUR 16 Jun – “Kemenangan Erdogan dalam pilihan raya Turki baru-baru ini amat signifikan dan secara tidak langsung memberi impak besar kepada dunia Islam”.

Itu antara topik yang dikupas dalam siri pertama sembang santai HADTalk (Hubungan Antarabangsa & Diplomasi) “Kemenangan semula Erdogan: Nafas Baharu Dunia Islam?” yang bersiaran secara hibrid.

Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa ini membuka ruang diskusi serta pendedahan kepada golongan belia dan mahasiswa berkaitan isu semasa geopolitik dan hubungan antarabangsa.

Siri kali ini menampilkan Dr. Mohd Iqbal Abdul Wahab, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa sebagai panelis dan dihoskan oleh Sdri. Syarifah Umairah, Mahasiswa jurusan Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dan Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »