MAJLIS BELIA MALAYSIA

Gunakan cap jari sahkan pengundi – MBM

KUALA LUMPUR 29 Mei 2013 – Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan supaya kaedah cap jari digunakan untuk mengesahkan pengundi yang layak.

Perkara itu merupakan sebahagian daripada tujuh cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh MBM hasil daripada diskusi pasca-Pilihan Raya Umum Ke-13 (pasca-PRU-13) di sini hari ini.

Selain itu, MBM turut menafikan dakwaan terdapat kejadian blackout dan pengundi hantu pada PRU-13 5 Mei lalu.

Kenyataan tersebut dibuat berdasarkan pemantauan oleh 380 ahli MBM di 165 kawasan Parlimen, yang mendapati dakwaan oleh pihak pembangkang itu tidak benar. – UTUSAN ONLINE

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »