MAJLIS BELIA MALAYSIA

GOLONGAN MUDA YANG BERDAYA SAING DIPERLUKAN DALAM SEKTOR KEUSAHAWANAN NEGARA

Kini, ramai anak muda di negara ini menyedari bahawa makan gaji bukanlah segala-galanya. Faktor teknologi yang semakin pantas, pelbagai info hanya diperolehi melalui telefon pintar. Namun, sejauh mana ANDA sebagai generasi muda lebih pintar daripada telefon pintar masing-masing?

Ada anak muda yang baru berusia 19 tahun telah mampu menjana pendapatan yang lumayan. 

Tidak kurang ada siswazah yang masih bergelar seorang pelajar mampu membeli rumah pertamanya. 

Ada juga yang berjaya membiayai pengajian mereka sendiri kerana tidak mahu meminjam PTPTN semata-mata tidak mahu berhutang.

BELIA MALAYSIA hari ini semakin didedahkan dengan pelbagai peluang untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. 

Golongan ‘usahawan muda’ ini TIDAK bersaing untuk mencari kerja yang menjanjikan pendapatan bulanan yang tetap biarpun kadang-kadang upah yang dibayar itu tidak setimpal. 

Namun, mereka berusaha menginovasikan idea, kemahiran dan sikap proaktif dalam memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dikenali dan mendapat permintaan. Sikap sebagai seorang usahawan yang telah mula disemai dari usia muda mampu melahirkan belia yang lebih berdaya saing untuk menambah nilai kepada sektor keusahawanan negara kita mulai saat ini. 

APA BEZANYA  USAHAWAN MUDA ?

Melalui Exco Perindustrian, Ekonomi & Keusahawanan, Majlis Belia Malaysia ; kami sentiasa merancang dan mengelola inisiatif program keusahawanan dalam skop pendekatan yang berbeza. Mendekati golongan usahawan muda ; OKU, asnaf, luar bandar dan bandar malah kawasan terpencil, ada satu faktor yang membezakan mereka sebagai usahawan.

“DAYA SAING” !!!

Ini jelas terbukti, apabila mendekati golongan usahawan muda dan melihat bagaimana mereka menggunakan sepenuhnya peluang yang disediakan oleh kerajaan mahupun swasta serta di peringkat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi dalam usaha untuk memulakan perniagaan dari MINAT mereka sendiri. 

Semangat daya saing ini memerlukan generasi muda untuk rajin membaca, mendapatkan informasi melalui kemudahan yang telah tersedia luas oleh agensi-agensi keusahawanan sebagai rujukan, meneroka pasaran dengan idea yang lebih kreatif menggunakan teknologi dan

medium digital malah memanfaatkan ruang/lokasi perniagaan yang disediakan dengan tuntas. Paling utama, mereka rajin ‘upgrade’ ilmu keusahawanan dengan menghadiri program/karnival/roadshow berkaitan tanpa kenal erti jemu dan bosan.

EKONOMI BELIA DAPAT DITINGKATKAN PENGANGGURAN DAPAT DIKURANGKAN

Sikap disiplin yang dapat disemai apabila terjebak sebagai usahawan muda memangkin diri seseorang untuk terus memajukan diri dan menambah ‘duit poket’ sendiri. Bidang keusahawanan sememangnya diiktiraf sebagai antara bidang yang mampu memberikan pulangan yang lumayan dan namun ia masih lagi di peringkat permulaan di negara ini dengan penglibatan golongan belia yang masih memerlukan perhatian daripada pelbagai pihak.

Usaha dan sokongan kerajaan amatlah penting bagi menggalakkan golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan bagi meningkatkan keupayaan teknologi dan persekitaran ekonomi serantau. Sokongan dan inisiatif berterusan bagi tujuan pemulaan dan perkembangan perniagaan wajar ditambahbaik bagi menyokong usahawan muda melonjakkan perniagaan mereka dan melahirkan modal insan harapan negara.

BELIA REBUT PELUANG !!!

NURLIANA BINTI MUHAMMAD

Timbalan Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi &

Keusahawanan Majlis Belia Malaysia

merangkap;

Setiausaha Agung

Persatuan Tunas Usahawan Nasional (PERTUNAS)

Bertarikh :  3 Oktober 2019

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »