KUALA LUMPUR 11 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Gerakan Revolusi Anak Malaysia (GERAM) seramai 12 orang yang diketuai oleh presidennya, Sdr. Hariz Faisal Ismail bertempat di Wisma MBM.
Kunjungan hormat tersebut disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan Sdr. Syed Osman Mohamed, Exco MBM. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan ruang kerjasama di antara dua pihak mengenai pembangunan belia yang menjadi fokus utama bagi memastikan belia di Malaysia tidak terlepas dengan peluang yang ada.