MAJLIS BELIA MALAYSIA

GALAKAN PEMAKAIAN PATUH SYARIAT KEPADA ATLET PERLU DIRAIKAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) mendokong penuh kenyataan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di mana beliau menyatakan pendirian bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan tanpa paksaan kepada atlet negara dalam mematuhi pemakaian patuh syariat apabila menyertai pertandingan atau kejohanan. Dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam, YB Syed Saddiq menegaskan bahawa KBS yakin bahawa atlet dan persatuan sukan lebih arif akan kesesuaian dari segi pemakaian terutama untuk meningkatkan prestasi mereka.

MBM menyifatkan pemakaian atlet mengikut syariat bukan lagi sesuatu yang aneh. Ini dibuktikan dengan penampilan atlet lawan pedang pertama dari Anerika, Ibtihaj Muhammad dan peluncur ais dari Arab Saudi, Zahra Lari yang pernah mencipta sensasi apabila menggegar persada sukan dunia dengan tampil mewakili negara masing-masing dengan imej bertudung pada 2016 dan 2017.

Di arena tempatan pula, dapat dilihat Kerajaan Terangganu mengambil pendekatan tegas dalam memastikan setiap atlet negeri itu perlu untuk berpakaian mengikut syariat Islam untuk beraksi di mana-mana kejohanan bermula 2019.

MBM melihat langkah ini perlu diraikan kerana ia berjaya mencipta fenomena baru dalam persada sukan negara. Jenama-jenama antarabangsa juga kian rancak mengeluarkan produk mesra muslim dalam pelbagai jenis sukan bagi melariskan jualan mereka. Ekosistem yang sihat ini wajar diteruskan kerana ia mampu meningkatkan kesedaran masyarakat dalam perihal menjaga kehormatan diri dalam bersukan.  

WAN MOHD HUSNI ABDULLAH    

KETUA PENERANGAN

MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh : 30 Oktober 2019

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »