MAJLIS BELIA MALAYSIA

Futsal Silatulrahim Penutup Tirai 2017

Seremban 30 Dis – Penutup tirai 2017, Majlis Belia Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS), Majlis Belia Daerah menganjurkan program Futsal Silatulrahim bagi  mempereratkan hubungan di antara pasukan yang hadir pada hari ini.

Sebanyak 11 pasukan terlibat dalam perlawanan yang membabitkan pasukan MyTeam MBM, KBS, MBN Negeri Sembilan, MBD Seremban, MBD Port Dickson, MBD Tampin, MBD Jempol, MBD Kuala Pilah, MBD Jelebu, MBD Rembau dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan.

Perlawanan yang bermula pada pukul 8.00 malam ini berakhir pada pukul 12.00 malam di SR Valley Futsal Sports Centre, Seremban Negeri Sembilan dimana perasmian penutup dirasmikan oleh Sdr. Azwan Marukum Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan turut hadir barisan pimpinan MBM seperti Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Penolong Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Fairuz. Bendahari Kehormat MBM Sdr. Karnan a/l Pandurangan dan Exco MBM Sdr. Wan Mohd Husni.

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »