MAJLIS BELIA MALAYSIA

Futsal jalin hubungan belia Malaysia dan Indoensia

Sunway, 24 Mac 2012 – 234 SC Malaysia sebuah badan gabungan belia Indonesia telah menganjurkan Kejohanan Futsal ”Solidarity Cup 2012” melibatkan pasukan-pasukan dari belia Malaysia dan Indonesia. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM pada 24 Mac 2012 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Sports Planet Futsal Court, Lot 604, Jalan Lagoon Selatan, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, Selangor.

Kejohanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara belia Indonesia dan Malaysia dan juga sebagai aktiviti riadah yang berfaedah kepada golongan belia kedua-dua negara. Sebanyak 40 pasukan menyertai pertandingan yang diadakan selama 2 hari pada 24 – 25 Mac 2012.

Selepas majlis perasman diadakan perlawanan persahabatan d iantara pasukan Majlis Belia Malaysia yang diketuai oleh Presiden MBM dan Sdr. Khairul Annuar Mansor, Exco MBM dengan pasukan 234 SC Malaysia yang berkesudahan MBM tewas 2 – 0.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »