MAJLIS BELIA MALAYSIA

Forum The Future Through The Eyes of Youth : Unity Diversity

SOCHI, 3 Mac – Sdr. Nazmi Abdul Rahim, peserta Malaysia menyertai secara aktif program-program sempena World Youth Festival 2024 di sini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyertai Forum The Future Through The Eyes of Youth : Unity Diversity bertempat di WYF International Airport.

Perbincangan terbuka ini berkisar mengenai peranan anak muda dalam pembentukan kesatuan dunia tatkala mendepani krisis dalam pelbagai sektor yang membangun.

Antara cadangan diutarakan berkaitan pendidikan, bahasa, ekonomi, penyelidikan serta kemahiran digital yang bersifat futuristik dan regenerasi anak muda.

Turut hadir bersama beliau Sir Maheepa, Director General Youth Forum Sri Lanka.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »