MAJLIS BELIA MALAYSIA

Forum Sofisiswa UKM kongsi peranan mahasiswa kepada masyarakat

BANGI 7 Jan – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi jemputan sebagai salah seorang nara sumber di Forum Sofisiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM) Cawangan UKM di Bangi.

Dalam sesi ini, perbincangan lebih tertumpu kepada bagaimana peranan universiti dalam mendidik sifat manusiawi dikalangan siswa-siswi hari ini.

Diskusi ini merupakan julung kalinya diadakan dengan kerjasama rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bersama PKPIM.

Turut sama menjadi panelis forum Sdr. Nazmi Ab Rahim, Timbalan Presiden PKPIM Pusat dan Encik Wan Mohd Aiman, Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi UKM.

Hadir sama Sdr. Dzul Aiman Zulkefly, Presiden PKPIM Pusat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »