KUALA LUMPUR 13 November – Sempena Lawatan Sambil Belajar Pelajar Universiti IPB Bogor, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput menjadi salah satu panel forum oleh Pusat Belia Antarabangsa (IYC). MBM diwakili oleh Sekretariat telah menyampaikan perkongsian bersama pihak IYC. Turut sama dalam forum tersebut, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Antara perkara yang disampaikan adalah mengenai pemerkasaan belia merentasi ASEAN, pengalaman Malaysia dalam mengalakkan kreativiti serta penyelasaian masalah di kalangan belia Malaysia dan perkara yang berkaitan dengan pembangunan di Malaysia.