KUALA LUMPUR 6 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengelolakan Forum Sekolah Selamat secara dalam talian yang membincangkan persekitaran selamat di sekolah untuk pelajar-pelajar.
Forum ini disertai wakil Junior MBM, MBM, Children’s Consultative Council serta SUHAKAM.
Antara panelis terlibat ialah Chloe Gan, Presiden, Children’s Consultative Council, SUHAKAM;
Sdri. ‘Atiqah Syairah Shaharudin, Penolong Setiausaha Agung, MBM, Erin Eu dan James Chong, Penaung, The Noeo Project; Fiera, Victim of Sexual Assault dan Student.
Moderator bagi sesi ini ialah Emma Emmanuelle Gerard, Ketua Junior MBM.