MAJLIS BELIA MALAYSIA

Forum Penjenamaan Semula Sejarah : Relevan atau Tidak ??

Gombak 17 Nov – Belia kini terlalu memandang jauh ke hadapan tanpa menyedari kepentingan masa lalu. Mereka tidak memahami bahawa sejarah amat penting untuk masa dpan negara. Jadi mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah mereka pasti mengulangi kesilapan orang kita pada masa dahulu. Dengan mempelajari sejarah kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan dan sebagainya. Setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan negara malaysia itu sendiri kerana ini merupakan sejarah negara kita.

Oleh itu, Sekretariat Sejarah dan Tamadun UIAM Gombak (HISTFORIUM) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil inisiatif mengadakan forum PENJENAMAAN SEMULA SEJARAH : RELEVAN ATAU TIDAK? sebagai salah satu langkah untuk memenuhi objektif-objektif di bawah :

  1. Memberi kesedaran dalam kalangan belia mengenai kepentingan warisan dan budaya
  2. Melahirkan pemimpin berwibawa daripada belia yang berpotensi
  3. Menyatupadukan kepelbagaian kaum

Progam yang berlangsung di Mini Auditorium, UIAM Gombak dengan peserta seramai 140 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar UIAM sendiri. Turut menghadiri juga Dr Helmi dari Fakulti Sejarah dan Ketamadunan dan pensyarah-pensyarah UIAM.

Forum ini telah menampilkan Sdr. Wan Ahmad Fayhsal (Putra Business School), Sdr. Nabil Nadri (Pusat Dunia Melayu) dan Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM sebagai para panel dan Sdr. Hilal Azman Idris (pelajar UIAM) selaku moderator. Perbincangan hebat yang meliputi soalan seperti  bagaimana semangat nasionalisme memupuk jati diri dalam belia dan pandangan nasionalisme dalam perspektif Islam, bagaimana perkataan re branding sejarah ini dapat menusuk terus dan terus segar di jiwa gen Y dan Z dan beberapa soalan lain.

MBM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sekretariat Sejarah dan Tamadun UIAM Gombak kerana program forum telah berlangsung dengan jayanya. MBM amat berbangga hati kerana dapat bekerjasama dengan sekumpulan pelajar yang professional dan cekap dalam menjalankan program.

 

mbm_6137 mbm_6139 mbm_6142 mbm_6143 mbm_6144 mbm_6146 mbm_6148 mbm_6149 mbm_6157 mbm_6158 mbm_6159 mbm_6163 mbm_6164 mbm_6165 mbm_6166 mbm_6168 mbm_6170 mbm_6187 mbm_6188 mbm_6190 mbm_6193 mbm_6194 mbm_6196 mbm_6197

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »