SOCHI, 3 Mac – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Fazreen Ismadi, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung telah menghadiri Forum Masa Depan Politik Dunia Pada Tahun 2040 bertempat di WYF International Airports di sini.
Forum tersebut dikendalikan oleh moderator, Andrei Sushentsov, Pengarah Program Kelab Perbincangan Valdai, Dekan Fakulti Hubungan Antarabangsa, MGIMO Kementerian Luar Negeri Rusia.
Antara panel terlibat adalah Adlan Margoev, Pensyarah Jabatan Kajian Oriental, Kementerian Luar Negeri Rusia; Rupal Mishra, Penyelidik Kanan Pusat Kajian Rusia dan Asia Tengah, Universiti Jawaharlal Nehru dan Vitor Moura, Pelajar Sarjana di Universiti Tsinghua, Pengarah Bilik Dagang Brazil-Cina (Brasham).
Perkongsian dalam forum tersebut adalah mengenai sistem multipolar yang sedang berkembang dalam politik antarabangsa mempunyai ciri-ciri baru secara kualitatif: peranan negara dan institusi antarabangsa sedang berubah, imbangan kuasa di dunia sedang berubah dan ketidakstabilan yang disengajakan semakin meningkat.
Dinamik ini dipacu oleh jumlah cabaran dan ancaman baru yang semakin meningkat, kemajuan saintifik dan teknologi yang pesat dan perubahan nilai dalam dunia generasi baru.



