MAJLIS BELIA MALAYSIA

Forum Keterbukaan Kerajaan Terhadap Belia dan Mahasiswa

Kuala Lumpur | 18 Ogos – Telah berlangsung satu sesi forum yang bertajuk “Keterbukaan Kerajaan Terhadap Belia dan Mahasiswa.” Forum ini berlangsung selama 1 jam 30 minit, dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre.

Forum ini menampilkan Presiden Majlis Belia Malaysia, Sdr. Mohd Izzat Afifi sebagai salah seorang panelis, bersama-sama dengan YBhg. Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan (Pengerusi Lembaga Pengarah UMS) dan Saudari ‘Atiqah Syairah Shaharuddin (Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Malaysia).

Diskusi ini telah mengupas isu keterbukaan kerajaan terhadap kebebasan mahasiswa dalam mengurus kewangan, memberikan kritikan membina, dan peranan mereka dalam pembangunan belia secara umum. Perbincangan ini menjadi platform penting dalam menilai sejauh mana kerajaan kini memberikan ruang dan kebebasan yang sewajarnya kepada golongan belia dan mahasiswa untuk turut sama menyumbang kepada pembangunan negara.

Terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi atas penganjuran program yang bermanfaat ini. Semoga kita boleh bersama-sama membuka medan wacana di kalangan belia dengan lebih mekar pada era ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »