PUTRAJAYA 27 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik penganjuran Forum Kemerdekaan dan Aspirasi Belia Negara 2020 anjuran Hadhari Global Foundation Pertubuhan Legasi Tun Abdullah, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), IAIS Malaysia dan Nahdatul Ulama di Hotel Marriot.
Program begini untuk mengenang sumbangan Syeikh Abdullah Fahim dalam perjuangan kemerdekaan tanah air. Menariknya program ini adalah pemaparan imej ‘pemuda’ dalam lipatan sejarah. Kita melihat rata-rata tokoh yang memimpin kemerdekaan watan pada ketika itu mereka yang dikategorikan sebagai belia. Tuanku Abdul Rahman sebagai mithalnya, ketika beliau melaungkan kemerdekaan usianya baru sahaja 43 tahun. bermakna, beliau mula bergiat seawall usia 20-an.
Program ini dihadiri oleh Presiden MBM, Sdr Jufitri Joha, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin dan Sdr Suhaimi Din, Felo Penyelidik Pejabat Presiden.
MBM beranggapan, program yang baik sebegini perlu melibatkan wakil panel daripada orang muda untuk mengimbangi perkongsian daripada orang lama yang mungkin terlepas daripada budaya generasi muda hari ini. Ia bagi mengelakkan falasi seperti “orang muda mana ada ilmu, orang muda mana minat membaca” tidak mudah-mudah dilontarkan tanpa asas.