MAJLIS BELIA MALAYSIA

FORUM JAMBORI ANAK MUDA KOMANWEL 2019

AYER KEROH 31 Oktober – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Ir Mohammad Afif Kasno, Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dijemput menjadi ahli panel dalam Forum Jambori Anak Muda Komanwel 2019 anjuran Commonwealth Parliamentary Association (CPA) dan Commonwealth Women Parliamentarians (CWP).

Jambori ini dihadiri lebih 300 anak muda dan forum telah membincangkan tentang agenda Undi 18 dan ianya menerima respon yang baik daripada para peserta. Rata-rata kelihatan para peserta yang berada dalam lingkungan umur 15 – 17 tahun masih tidak yakin kematangan berlaku pada umur 18 tahun untuk membuat keputusan memilih pemimpin negara.

Jambori telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Shamsul Iskandar, Presiden CPA merangkap Timbalan Menteri Industri Utama. Forum turut dibarisi Sdr. Nurariff Luqman, Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) dari Melaka.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »