MAJLIS BELIA MALAYSIA

Forum Ekonomi Digital Malaysia-China 2022

Kuala Lumpur | 29 September – Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) telah menganjurkan “Forum Ekonomi Digital Malaysia-China 2022” dengan tema “Merapatkan Ekosistem Ekonomi Digital Malaysia-China” yang berlangsung di Hotel Hilton.

Majlis ucaptama disampaikan oleh Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China, YB Dato’ Sri Tiong King Sing merangkap Pengerusi MCBC dan Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, H.E Quyang Yujing.

Forum menghimpunkan badan kerajaan, peneraju industri, pakar teknologi dan perniagaan ini bertujuan menggalakkan pembangunan teknologi dan kerjasama dalam memacu masa depan ekosistem ekonomi digital antara Malaysia dan China.

Majlis Belia Malaysia (MBM) turut terlibat sebagai rakan kerjasama dalam penganjuran program ini.

Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed telah hadir mewakili MBM di samping melihat ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »