Perlis, 1 November 2014 – siri Forum Belia: Celik Komuniti ASEAN diteruskan lagi di Negeri Perlis. Bertempat di Semarak Resot, Sungai Batu Pahat, seramai 120 orang belia pelbagai latar belakang telah menyertai Forum yang diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perlis. Panel yang terlibat ialah i) Encik Azmir Musyabri b Abd Mutallib, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Pulau Pinang (Komuniti Ekonomi ASEAN), dan ii) Sdr Ahmad Saparudin b Yusup, Majlis Belia Malaysia (Cabaran, prospek & persediaan Belia Malaysia). Forum tamat pada jam 12.30 tengahari.