KUALA LUMPUR 26 Mei – Sdr. Farhan Rosli, Koordinator Belia Rasuah Busters Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Forum Anak Muda sedunia menangani jenayah rasuah yang telah disertai 313 peserta daripada 93 buah negara.
Forum maya ini diadakan dalam rangka usaha Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu Hal ehwal Dadah dan Jenayah ( UNODC – United Nations Office on Drugs and Crime ) bagi memperhebat penglibatan anak muda sedunia dalam usaha menangani ancaman rasuah yang kian menular terutama dalam kalangan generasi muda.
Sebahagian daripada cadangan dan resolusi persidangan ini akan dibentang dan dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Luar Biasa Bangsa-bangsa Bersatu. Ini merupakan satu solidariti dan usaha kerjasama strategi menghimpunkan pemimpin muda dunia bagi memastikan persoalan ancaman rasuah dapat ditangani secara tuntas terutama dalam kalangan anak muda.
Sdr. Farhan juga merupakan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).