MAJLIS BELIA MALAYSIA

Forum Agropreneur Muda Dan Penternak Muda Ruminan

Seri Kembangan 23 November –  Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Majlis Belia Malaysia Bersama Agropreneur Muda Dari Seluruh Malaysia turut serta dalam Forum Agropreneur Muda Dan Penternak Muda Ruminan dalam sesi Dialog Ruminan bersama KSU MOA YBhg Dato’ Mohd Sallehuddin Bin Hassan.

Program ini berlangsung selama 2 hari Pada 21 & 22 November 2018 Di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor adalah merupakan satu usaha yang sangat baik kepada belia yang berpotensi khususnya melalui unit agropreneur muda yang mensasarkan belia berumur dari 18 tahun sehingga 40 tahun untuk berinteraksi secara terus dengan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Semoga Malaysia mampu melahirkan lebih ramai lagi golongan belia yang berjaya dalam industri berkaitan pertanian, penternakan dan lain-lain. MBM juga menyeru para belia agar dapat hadir ke karnival MAHA yang akan berakhir pada 2 Disember ini untuk melihat dari dekat perkembangan bidang ini supaya dapat menjadikan bidang ini sebagai kerja pada masa hadapan.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »