MAJLIS BELIA MALAYSIA

Food Systems Summit 2021

KUALA LUMPUR 4 Mei – Sempena Food Systems Summit 2021 Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani (PIAT) Majlis Belia Malaysia, Sdr. Abdul Hafeez Abdullah telah mewakili MBM menyertai persidangan ini yang berlangsung secara dalam talian.

Sesi bertemakan Youth & Food: Do you care ini membincangkan bagaimana peranan belia dalam bidang kritikal seperti Pertanian dengan cabaran iklim dunia serta bencana yang menggugat bekalan makanan dunia.

Antara perkongsian pada hari ini adalah bagaimana memastikan anak muda bersedia menjadikan bidang ini sebagai pekerjaan utama di sebalik cabaran-cabaran yang mendatang. Perkongsian yang cukup menarik daripada Pusat Belia Antarabangsa, Unit Agroprenuer Muda serta MARDI tentang keseriusan mereka membangunkan usahawan-usahawan tani muda perlu disokong dan diperkemaskan dari masa ke semasa.

Program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ini juga turut disertai oleh wakil United Nations (UN) dalam bidang ekonomi, Richard Colin Marshall yang turut menekankan penglibatan belia dalam bidang ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »