MAJLIS BELIA MALAYSIA

Fokus Pulihkan Negara dan Satukan Rakyat Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) menjunjung kasih ke atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selaras dengan roh Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Syabas dan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Besar harapan MBM agar YAB Dato’ Sri serta barisan kabinet segera menumpukan agenda pemulihan Negara, menstabilkan politik tanahair, menangani pandemik, memacu ekonomi negara, membanteras rasuah dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan pelbagai ideologi politik.

MBM juga berharap suara, isu dan perwakilan belia Malaysia dan pembangunan insan seimbang terus menjadi antara agenda utama Kerajaan dan Negara di semua peringkat dalam memacu pembangunan dan masa depan yang lebih cemerlang.

Sebagai gerakan belia yang bersifat non-partisan dan suara rasmi belia Malaysia, MBM akan terus memberikan kerjasama dan dokongan dalam waktu yang amat sukar ini bagi membantu pihak Kerajaan membangun dan memajukan negara ke tahap yang lebih baik termasuk di pentas global.

Selamat bertugas YAB Dato’ Sri dan barisan kabinet baharu.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 21 Ogos 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »