PUTRAJAYA 13 Disember – Focus Group Discussion (NGO/CSO) Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zaharah Ibrahim, Mantan Hakim Mahkamah Malaya telah berlangsung di Dewan Saksama, Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili Exconya Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff telah hadir menyertai program ini dan menyampaikan beberapa pandangan MBM antaranya;
1. Hukuman mati masih relevan dalam kondisi Malaysia;
2. Situasi norma dan suasana nilai di Malaysia tidak boleh disamakan dengan hasrat antarabangsa semata-mata;
3. MBM mencadangkan kesalahan bunuh contohnya, selain dikenakan hukuman mati kepada pesalah, bayaran pampasan (diyat) juga boleh diperkenalkan bagi maksud peringanan kepada keluarga mangsa bunuh dan memberi peluang kedua kepada pesalah;
4. Hukuman mati perlu dikekalkan dan bukan dikenakan secara mandatori. Sebaliknya hakim bicara diberikan pilihan menjatuhkan hukuman berdasarkan kepada fakta dan dapatan kes-kes tersebut.