Selangor | 22 Januari – Majlis Belia Malaysia telah dijemput menghadiri sesi Focus Group Discussion (FGD) Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertempat di Pusat Pembangunaan Minda Lestari, Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM).
Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Prof Dr. Azlan Ghazali, Ahli Majlis MARA.
Pelbagai kelompok belia terdiri daripada kalangan ushawana, teknokrat, mahasiswa, penerbit dan beberapa bidang lain telah hadir bersama – sama membincangkan hal-hal berkaitan masa depan warga belia.
Perbincangan turut menjurus kepada hal berkaitan kesejahteraan ekonomi, kelestarian pendidikan serta kesihatan mental khususnya dalam kalangan bumiputera.
Hasil dapatan perbincangan tersebut akan dimurnikan oleh pihak Jawatankuasa Pemandu Kongres dan dibentangkan kepada YB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan YB Menteri Ekonomi untuk tindakan yang lebih tuntas.
Hadir mewakili MBM Sdr. Syafiq Ridzwan, Penolong Ketua Penerangan MBM.
Turut serta YBhg Datuk Imran Tamrin; Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Sdr. Clive Allen; Presiden Majlis Belia Orang Asli (MBOA) dan Sdr. Muhd Fazreen Ismadi; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Kongress Ekonomi Bumiputera dijangka akan diadakan pada 29 Februari dan 1 Mac 2024.








