KUALA LUMPUR 18 Oktober – Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1 di Wisma Berita di sini.
Beliau membicarakan tentang penganjuran Festival Tarian Tradisional Malaysia (Tarian Zapin) 2019 yang berlangsung di KLIA pada 19, 26 Oktober (peringkat separuh akhir) dan 2 November 2019 (peringkat akhir).
Penganjuran kali ke-3 tahun ini merupakan kolaborasi di antara MBM dan Malaysia Airports dalam mengangkat dan memartabatkan seni budaya tanah air.