MAJLIS BELIA MALAYSIA

Festival Pengembara Muda @HBN2024 promosi pelancongan belia

BANDA HILIR 26 Mei – ‘Festival Pengembara Muda 2024’ @ Young Traveller Fest yang diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024 telah dilancarkan oleh YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka bertempat di Banda Hilir.

Turut hadir Pengurus Besar Menara Taming Sari, Encik Nasrul Bin Ahmad, Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) merangkap Ketua Program, Sdr. Mohd Faiz Mohd Zin; Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Datuk Syed Osman Mohamed; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; pegawai Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, Pejabat Ketua Menteri serta agensi kerajaan yang lain.

Program dalam segmen Rakan Niaga ini dianjurkan oleh MYHA bersama rakan strategik Kementerian Belia dan Sukan; MBM dan Kerajaan Negeri Melaka sebagai salah satu pengisian HBN kali ini.

Festival ini melibatkan pempamer daripada Tourism Malaysia, Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, Menara Taming Sari, Agensi Pengembara, Insuran Travel belia, Pakej Umrah Belia, Homestay, Caravan dan banyak lagi.

Program ini mengfokuskan pelancongan belia selaras dengan hasrat MYHA sebagai ‘Rakan Pelancongan, Seni dan Budaya Belia’. Selain itu, penjenamaan semula dengan nama Festival Pengembara Muda ini mampu mengembangkan skop pelancongan belia di negara ini.

Datuk Razak dalam ucapannya berkata, ‘sempena Tahun Melawat Melaka 2024, inisiatif MYHA ini boleh menjadi agen penggerak industri pelancongan dalam memastikan pelancongan belia ini mampu membantu pertumbuhan ekonomi negara’.

Penjenamaan semula Festival Pengembara Muda mampu menjadi sumber ekonomi anak muda melalui pelancongan, seni dan budaya, tambah beliau.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »