KUANTAN 10 Julai – Festival Belia Pahang 2026 berlangsung dengan meriah di Kompleks Belia dan Sukan Pahang, menghimpunkan ribuan belia menerusi pelbagai aktiviti yang menyemarakkan semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan kebersamaan.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid hadir sebagai tanda sokongan berterusan MBM dalam memperkasa pembangunan belia di seluruh negara.
Festival ini turut mencatat detik bersejarah menerusi perasmian Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang selain penyampaian Anugerah Belia Negara dan Anugerah Khas Belia Kerajaan Pahang 2026 kepada individu serta organisasi yang cemerlang dalam pembangunan belia.
Perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekali gus melambangkan komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem pembangunan belia di Negeri Pahang.
Festival ini menjadi platform penting menghimpunkan belia, mengiktiraf sumbangan mereka serta menyuntik inspirasi agar terus menggerakkan agenda pembangunan negara berteraskan semangat Malaysia MADANI.








