PUTRAJAYA, 17 Mac 2013 – Sebagaimana yang diketahui ramai, pada Himpunan Jutaan Belia yang lepas telah mampu memberi impak positif yang pelbagai kepada masyarakat seperti membuka peluang perniagaan, pekerjaan, mengadakan sukan, aktiviti kebudayaan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, Himpunan Jutaan Belia diteruskan pada tahun ini dan ditukarkan nama kepada Festival Belia Putrajaya 2013. Majlis Pra pelancaran Festival Belia Putrajaya 2013 diadakan pada 12.30 tengah hari pada hari ini di perkarangan Menara KBS. Pra pelancaran ini bertujuan untuk mempromosikan Festival Belia Putrajaya 2013 yang akan diadakan selama empat hari bermula pada 23 Mei sehingga 26 Mei tahun ini.
Majlis Pra Pelancaran tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan dan diiringi oleh Sdr. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hari Belia Negara. Turut hadir dalam perasmian tersebut adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia, Sdri. Ivie Leong Fang Hui, Sdr. Choo Chung Tiong, Sdr. Low Eng Tack.