KUALA LUMPUR 14 Mac – Sdr. Eow Shiang Yen, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Belia Regional Centre of Expertise – Greater Kuala Lumpur (RCE-GKL) bertempat di Restoran Le Quad Hotel.
Mesyuarat tersebut dihadiri Profesor Madya Dr Mabel Tan Hwee Joo, Ketua Pegawai Eksekutif UCSI College merangkap Naib Pengerusi RCE-GKL, Encik Thai Ming Yeow, Naib Pengerusi RCE-GKL, Cik Chin Hui Sian dan Cik Lee Huey Yi, ahli Jawatankuasa Khas Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM.
Antara perkara dibincangakan adalah mengenai pengstrukturan semula jawatankuasa dan perbincangan jadual aktiviti 2023-2024.
Selain itu, fokus jawatankuasa kali ini adalah untuk menyokong inisiatif RCE-GKL dan akan memainkan peranan tentang agenda pemerkasaan belia dalam bidang Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Dalam mesyuarat tersebut juga, Sdr. Eow Shiang Yen telah diberi mandat untuk mengambil alih jawatan Pengerusi.