PETALING JAYA 20 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan ke Program Charity Movie Day anjuran Lapan Pertubuhan Belia Cina Malaysia (EMCO) bertempat di MBO Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya di sini.
Program tontonan wayang gambar cerita ‘Avatar 2’ ini turut disertai 79 orang kanak-kanak dari rumah anak yatim termasuk anak istimewa.
MBM diwakili oleh Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dan Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun.
Hadir sama Presiden EMCO, Sdr. Wong Kam Loon.