Eigo Sato, penunggang Freestyle Motorcross Xtreme (FMX) atau Moto-X terkenal dari Jepun bakal menghangatkan Sambutan Hari Belia Negara 2012 yang bakal diadakan pada 23 hingga 27 Mei nanti di Putrajaya.
Inisiatif memperkenalkan sukan ini di Malaysia dibawakan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Care Advantage Sdn. Bhd. dan diberi nama MALAYSIA FREESTYLE MOTORCROSS XTREME 2012 (MFMX2012).
Sato, 34 tahun merupakan antara lima penunggang terbaik dunia dalam sukan FMX ini. Dalam siri Red Bull X-Fighters 2011, pencapaian terbaik Sato adalah mendapat tempat ketiga di Poznan, Poland.
Persembahan di Putrajaya nanti, Sato tidak berkeseorangan, sebaliknya akan bersama-sama penunggang hebat lain dari pasukan Freaking Good Motor-X Tour (FGMT).
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, selain bertujuan mempromosikan sukan ini kepada golongan belia, pertunjukan ini sendiri sebenarnya menampilkan sisi kelainan dalam Himpunan Jutaan Belia Putrajaya nanti.
Mohamed Maliki percaya bahawa acara ini akan menjadi salah satu daya tarikan dan pastinya menarik ribuan pengunjug untuk turun ke Putrajaya.
http://duniasukan.com/2012/03/27/eigo-sato-bakal-hangatkan-himpunan-jutaan-belia-putrajaya-2012/