MAJLIS BELIA MALAYSIA

DT MBM kembali bersidang di bumi Borneo

KOTA KINABALU 15 Julai – Setelah hampir 20 tahun, Dewan Tertinggi (DT) Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini kembali ke bumi Borneo bagi mengadakan Sidang DT kali ke-118 di Hotel Klagan.

Mesyuarat dikendalikan oleh Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan dan dihadiri oleh pimpinan belia dari badan-badan gabungan MBM.

Agenda mesyuarat tertumpu kepada program terdekat MBM, bantuan pentadbiran badan gabungan, sambutan Hari Belia Negara dan hal-hal berkaitan.

Kehadiran Exco dan Dewan Tertinggi MBM di sini bagi meraikan sambutan Hari Belia Negara 2022 yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri esok di Pekan Tuaran, Sabah.

Mesyuarat ini turut dihadiri Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri (Bahagian Belia) Encik Afifi Mohd Aris.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »