KUALA LUMPUR 25 September – Dr. Thor Hong Tong, mantan kepimpinan MBM yang pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden dan Timbalan Presiden MBM pada tahun 1980 hingga 1998 telah mengunjungi Sekretariat MBM dan telah disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Walaupun telah lama beliau tidak lagi bersama MBM, tetapi ingatan dan kenangan beliau bersama MBM tidak pernah beliau lupakan dan sentiasa menjadi ingatan dan kenangan manis bagi beliau.
Beliau telah hadir ke Wisma MBM bersama isteri beliau yang mana turut berkongsi kisah mereka berdua ketika suami beliau berada dalam barisan kepimpinan MBM.